Thursday, September 13, 2007

Keutamaan Membaca Al-Quran

1. Ibadah yang paling utama dari segi baca, berbanding sembahyang sebesar-besar ibadah dari segi gerak laku atau perbuatan.

2. Pahala membaca Al-Quran : 1 huruf 10 kebajikan dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.

3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga

4. Juga dikatan balasan sebatang pokok di syurga.

5. Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran

ü dalam solat – 100 kebajikan

ü diluar sembahyang berwudhu’ – 50 kebajikan

ü tanpa wudhu’ – 10 kebajikan


6. Baca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan putus, mengikut Ibnu Abbas.

7. Keselamatan api neraka

8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para malaikat

9. di hari akhirat, Al-Quran jadi pembela

10. Pembaca akan memperolehi keamanan

11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat

12. Pembaca dimasukkan ke dalam golongan siddiqin ‘ syuhada’ dan solihin

13. Membaca al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan didosa mereka

14. Pembaca akan mendapat kemulian di syurga

15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan para malaikat dilangit

16. Jika dibaca dirumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu

17. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan disekelilingi oleh malaikat

18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi iman sembahayng

19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran

20. Mempelajari satu ayat al-quran lebih baik dari sembahayang

21. Mempelajari dan membaca Al-Quran mendapat keberkatan dan keharmonian hidup

22. Mendapat perlindungan di padang mahsyar

23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.



Masa-masa yang diutamakan membaca al-quran

1. di waktu tengah malam sehingga fajar, adalah paling utama
2. di antara magrib dan isya’
3. sesudah solat subuh


Bacaan al-Quran pada waktu tertentu mengikut sunnah

a. Tiap-tiap pagi dan petang


1. Al-ikhlas – menyamai satu pertiga al-quran : dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana disyurga

2. Al-Falaq – dibaca 3 kali untuk pelindungan dari bencana dan segala perkara yang tak diingini.

3. An-Nass – sama seperti Al-Falaq

4. Ayatul Kursi ( Al-Baqarah 255)- pahalanya menyamai satu perempat al-Quran. Dibaca setiap lepas solat akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf 1000 keberkatan dan mendapat 1000 rahmat

5. Al-Mukmim (ayat 1-3 ) – untuk keselamtan

6. Al-Hasyr (ayat 21-24)– apabila dibaca selepas subuh dan asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga.

7. Ar-rumm (ayat 17-19) – akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan di waktu siang dan malam

8. Al-Mukminun (ayat 115-118)

9. At-taubah ayat 128 dan 129



b. Tiap-tiap malam


1. Yassin (suruh 36) – hati Al-quran, pembacannya akan mendapat keredhaan ALLAH, keampunan dosa, jika dibaca atas seseorang yang hampir mati akan memudahkan pertemuannya dengan tuhan. Jika dibaca atas kubur akan diringankan siksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberikan ALLAH akannya perkara-perkara yang menyukakannya.

2. Ad-Dhukhan (surah 44 ) - pembaca akan mendapati 7000 malaikat mohon ampun keatasnya. Jika dibaca pada malam atau hari jumaat akan diberikan sebuah rumah disyurga.

3. AL-Qiyamah surah 75

4. Al-Zalzalah (surah 99) – pahala membaca seumpama separuh Al-Quran

5. Al-Ikhlas

6. Al imran (ayat 190-200) – dibaca pada malam hari akan diberi pahala beribadah separuh malam.

7. Al-Baqarah (ayat 284-286) – diberi pahala beribadah separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana.

8. Al-Kahfi (ayat 107-110)



c. Sebelum tidur

1. Al-Fatihah
2. Bismillah
3. Al-Mulk
4. Az-Zumar
5. As-Sajdah
6. Al-Hadid ayat 3
7. At-Taariq
8. Al-Falaq
9. An-nas
10. Ayatul Kursi
11. Al-Baqarah (ayat 284-286)
12. Al-kafirun



Rujukan: judul : Amalam Harian Sepanjang Zaman, Al-Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus.

No comments: