Tuesday, September 18, 2007

SEPULUH JENIS AKHLAK YANG MULIA

Akhlak yang mulia itu ada sepuluh macam,

terkadang semuanya terdapat dalam diri seseorang tetapi tidak terdapat dalam diri anaknya; terkadang semuanya terdapat dalam diri seorang anak tetapi tidak terdapat dalam diri ayahnya; terkadang semuanya terdapat dalam diri seorang hamba tetapi tidak terdapat dalam diri tuannya;

Allah membahagikannya kepada orang yang dikehendakiNya hidup bahagia iaitu

  1. Jujur dalam berbicara (cakap benar)
  2. berani dalam medan perang
  3. selalu memberi orang yang meminta
  4. selalu membalas perbuatan baik
  5. memelihara amanah
  6. bersilaturahim
  7. memelihara hak jiran
  8. memelihara hak sahabat
  9. menghormati tetamu
  10. yang paling utama (kepala) diantara kesemuanya ialah malu

(Riwayat Hakim melalui Aisyah r.a.)


a) Tidak semestinya “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi” (akhlak anak dan ayah). Asuhlah anak seperti “melentur buluh biarlah dari rebungnya” supaya akhlak anak jadi baik.

b) Sabar masa susah – perang jangan lari, tetapkan pendirian dan ibadah masa kesusahan. Contoh, masa senang sedekah banyak, masa susah sedekah sikit. Amalan yang rutin akan dikekalkan pahalanya ketika tidak dapat dilakukan (uzur).

c) Balas perbuatan baik - bukan sekadar terima kasih. Balas budi orang yang berbudi. Kalau orang tolong kita misalnya beri hutang RM10, bayarlah balik RM12. (Bukan janji, kalau janji dikira riba, tapi bayar lebih untuk kenang budi)

d) Hormat tetamu – ajak masuk, duduk, beri makan minum, hantar ke pagar bila dia nak balik

e) Kepala perangai baik ialah Malu. Syurga suka orang malu, neraka suka orang tak malu. Tak malu yang paling tinggi ialah dayus. Iman dan malu berangkai (seriring), satu terangkat (malu hilang), satu bergoyang (iman goyang). Nabi-nabi paling malu. Nabi lebih malu dari anak gadis dalam bilik. Imam Abu Hanifah malu kepada Allah hingga tidak membuka serbannya walaupun bersendirian.

No comments: