Peristiwa buruk masa silam, baik berbentuk musibah ataupun berbentuk kesilapan dan kesalahan yang dilakukan sendiri memang kadangkala mengganggu kehidupan seseorang. Bahkan ramai orang sukar untuk menghilangkan bayangan masa silam tersebut sehingga menghantui segala aktiviti hariannya. Di dalam ajaran Islam memberi bimbingan kepada umatnya agar menyerahkan segala ketentuan yang terjadi tersebut kepada Allah SWT semata.
Firman Allah SWT maksudnya: "Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk". (Al Baqarah 156-157) Janganlah dengan sengaja memikirkan perkara yang telah lalu tersebut, tetapi bertawakallah dan berserah diri kepada Allah SWT, agar memperolehi ketenangan jiwa. Disamping itu kuatkan keyakinan diri bahawa Allah SWT sentiasa membantu dan membimbing umatnya yang ingin kebenaran dan kedamaian. Berdoalah kepada Allah agar terhindar dari gangguan syaitan dan kecenderungan hati kepada perkara yang mungkar. Kemudian tenangkan hati dengan melakukan ibadah secara sempurna dan sentiasa mengharap rahmat dan redha-Nya.
Monday, December 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment