Bersumberkan daripada At Taiyimi katanya,
”Apabila mereka berselawat ke atas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat.”
| Satu kali selawat Allah akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya. | |
| Satu kali selawat Allah akan mengangkatnya dengan 10 darjat. | |
| Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w. | |
| Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah Taa’la tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan bumi. | |
| Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di hari kiamat nanti. | |
| Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat untuk Nabi s.a.w. | |
| Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada. | |
| Dapat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah. | |
| Mewariskan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya. | |
| Akan terselamat dan terpelihara daripada segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahu pun akhirat. | |
| Dengan membaca selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa. | |
| Akan mendapat nur yang bersinar-sinar di hati apabila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh. | |
| Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bila kita berselawat sebanyak 10 kali. | |
| Allah akan meluas dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui. | |
| Allah akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di hari kiamat nanti. | |
| Mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga keluarganya. | |
| Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya. | |
| Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasulullah s.a.w.) serta dapat pula meminumnya di hari kiamat nanti. | |
| Dapat melepaskan diri seseorang itu dari tergelincir semasa melalui titian Sirat dan ia dengan selamat menuju ke syurga. | 
No comments:
Post a Comment